Bertempat di Tingkat 26, Dewan Serbaguna, Bangunan KWSP Jalan Raja Laut, telah berlangsungnya Pertandingan Congkak Challenge yang dianjurkan oleh Biro Sukan & Rekreasi, Puspanita KWSP. Aku sebahagian dari AJK kecik biro tu, tolonglah ape yang patut. Sebenarnya tugas aku wat teaser utk promosi je tapi bila event tu berlangsung, sbb tak cukup org aku pon tolong ar jadi ajk pendaftaran plaks bersama kak zura a.k.a bakinglover. Peserta hanya perlu bayar RM 3 untuk yuran penyertaan. Ok lah tu kan..peserta hampir 20 orang jgk la yang bertanding. Juri pertandingan plak kami telah lantik Kak Noi, Kak Kiah, Wiwi and Kak Madz sbb diorang dah expert...tapi sejak awal perbincangan utk event ni, aku, robitah ngan cikibam mmg tak berapa puas hati sebab kena main style kebangsaan which is kemenangan bukan dikira dengan berapa banyak guli yang kita kumpul kat umah tapi on bilangan tapak yang tinggal...so selama ni mmg kiteorg main style kampung la nmpknye..hehehe. Ape pon, ada jgk aktiviti tahun ni aku join....thanks to semua AJK terlibat...tak tau nk ngarang ape dah. Bye.
apa kak zura dah buat ni haa??





0 comments:
Post a Comment