Sunday, November 27, 2011

Autumn In My Heart - Korea Trip 2011 (Part 2)

Day 3 :: 3 Nov 2011 (Khamis)

Lokasi: DMZ & Itaewon

Hari ni kami jalan jauh sikit ikut pakej tour company lain yg mana tour ni hanya yang berlesen je boleh bawak pelancong ke kawasan border Korea Selatan dan Korea Utara ini, yang dikenali sebagai Demilitarized Zone(DMZ). Zone ini meliputi 2km ke arah utara dan 2km ke arah selatan korea, kira cam spot yg aman utk both negara berbincang ke apa ke. N of cos di sini ramai askar2 korea and masa smpi kat sini aku nmpk gak ada a few askar US yg jaga kat sini..(South Korea ni kamceng ngan US!) Aku dah smpi sini baru la ringan tangan utk men'google' kisah persengketaan both dua negara ni. Walupon mereka sebangsa, tapi ketamakan kuasa membuatkan mereka berpecah belah. Yg tak paham tu napo si US nyibok je urusan negara org!!! Dlm paper baru ni kata US ni bnyk hutang smpi bertrillion2..tu la jadi mak bedah lagi!! Mula aku ngarut ni..abaikan..hehe. Pakej yang kami amik ni harganya Won 42,000 and tour guide kami namanya John. Fasih la jgk speaking..Menurut John, buat masa ni mmg takde Tour Service utk msk ke North Korea sbb dulu penah terjadi incident dimana sorang pompuan telah ditembak oleh askar North Korea. Bukan sengaja tau..pompuan tu neves ke apa tah..so dia lari n askar pon suspek something...cam tu la alkisahnya....

yeaa..tmpt ni mmg wajib pegi..and kena igt takleh pki baju yang ada tulisan, selipar, sleeveless, skirt dan lain-lain..maybe sbb bnyk sgt askar kat sini n maybe ......(hahaha!!)

Dibuka pada 11 April 2002, stesen ini menjadi penyambung antara korea utara n korea selatan dibwh kawalan tentera. Usaha ni adalah ke arah penyatuan bangsa and bnyk event2 keamanan dianjurkan disini...seb baik askar ni sporting amik gambo..

Solat jamak kat masjid itaewon..fuh cabaran sungguh mendaki bukit utk smpi ke masjid ini..

visit perkampungan org korea...umahnya semua rendah2 siling nya tp tersangat2 la comey...

Day 4 :: 4 Nov 2011 (Jumaat)

Lokasi: Nami Island & Itaewon

Otw Nami Island, kami singgah breakfast di Ga Peong and menu kiteorg ialah sushi, kimbab kimchi dll..tgklah aksi poyo aku kuar dari atas bumbung keta..ahhaha..

utk smpi ke Nami Island ni, kami kena naik feri. Nami island ni bukanlah terletak di lautan tapi hanya seberang sungai je..10 minit smpi lah kot..dan tambangnya Won 8000 je. Dinasihatkan pergilah awal pagi n blk before kol 2 sebab nanti kene beratur pnjg utk naik feri ni. Alhamdulilah kami tak perlu tempoh kesesakan langsung..semua berjalan dgn lancarnya....

since bnyk pokok n daun2 cantik..mmg tak sah kalo tak wat aksi koya kat sini...hehe

nk duduk ke baring ke terguling ke lompat ke...semua aksi2 ni kami dah buat...

masa ni aku rasa lega sgt dpt nek basikal keliling pulau ni...mau sakit kaki beta kalu jln semata2..hanya sewa sebnyk Won 5000 shj utk sejam..kami sepakat memilih kaler pink utk semua..kelas gitu!!

mmg tak sah jgk kalu x amik pic ngan winter sonata punye poster n patung..ni lah citer korea pertama yg aku tgk and buat terus tertarik ngan citer2 lain...

pas blk dari Nami Island, kami singgah di pasar itaewon..kat sini tetibe ada sorang ajumaa yang berniaga kat pasar tu pelok aku cam aku ni anak dia..siap pegang pipi..peluk semua..and request nk amik pic ngan aku..i'm speechless..tp layan je la...skali dia bagi aku satu beg plastik penuh ngan khimchi..seb baik x suruh bayar..

bersambung...

0 comments: